December 30, 2015

Budak ditemui lemas dalam kolam


MANGSA ditemui lemas dalam kolam.

Keningau: Kanak-kanak lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia enam tahun ditemui mati dipercayai lemas dalam kolam di Kampung Jaya Baru, dekat sini, tengah malam tadi.

Mayat mangsa, Sean Rysten Wilfred ditemui sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau pada 12.21 tengah malam sebaik menerima laporan mengenai kejadian orang hilang.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan orang hilang kira-kira 10 malam tadi.

"Berdasarkan laporan yang dibuat, 10 anggota bomba dari BBP Keningau dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian pada 10.13 malam operasi pencarian dilakukan di kawasan belukar dan kolam ikan yang berhampiran dan hampir dua jam usaha mencari dijalankan akhirnya mangsa ditemui di dalam kolam dipercayai lemas dan disahkan sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa yang juga OKU dihantar ke Hospital Keningau menggunakan ambulans Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) dan operasi ditamat 12.46 tengah malam tadi.

myMetro 30 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment