December 23, 2015

Besi tiga sentimeter dalam wafer


ALINA menunjukkan besi sepanjang 3cm yang tertanam pada wafer yang dimakan oleh anaknya di rumah mereka di Kampung Bongor, Batu 48, Baling semalam.

BALING – Seorang ibu mendakwa, anaknya hampir tertelan sebatang besi yang tertanam pada wafer ketika menikmati makanan ringan itu di rumah mereka.

Salina Ramli, 40, berkata, anaknya, Mohd. Haikal Hamizul, 13, ketika itu sedang menikmati makanan ringan itu, tiba-tiba giginya tergigit objek keras.

“Ketika dia hendak mengigit makanan ringan itu, tiba-tiba dia tergigit sesuatu yang keras lalu meluahkannya,” kata Salina ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bongor, Batu 48, di sini semalam.

Selepas mengeluarkan makanan itu, anak­nya amat terkejut apabila mendapati sebatang besi sepanjang tiga sentimeter (cm) yang berada di hujung wafer itu.

“Saya tidak menyangka makanan ringan yang dibeli di sebuah pasar raya pada Jumaat lalu ada besi. Mujur anak saya tidak tertelan besi itu, kalau tidak saya tidak tahu bagaimana nasibnya,” kata­nya.

Menurut Salina, dia telah membawa makanan segera itu ke pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Daerah untuk membuat aduan.

Kosmo 23 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment