December 17, 2015

Bapa sumber inspirasiku

MOHD Hakimi berazam teruskan legasi perniagaan bapanya. Gambar kanan, Mohd Hakimi (kanan) semasa menemani ayahnya di pertandingan drift.

Melaka: Murid tahun enam, Mohd Hakimi Hali, 12, bercita-cita untuk memulakan perniagaan bengkel membaiki kenderaan selepas melihat kecekalan bapanya yang juga orang kurang upaya (OKU) tanpa kaki dan tangan, Hali Zamri, 43, menguruskan bengkel di Batu Hampar, Peringgit di sini.

“Saya mahu teruskan perjuangan ayah dalam bidang ini,” katanya ringkas.

Anak kepada raja drift OKU itu kerap membantu bapanya di bengkel berkenaan dan tidak kisah bergelumang dengan minyak hitam selain kotoran.

Kekentalan semangat Hali menjadi pemangkin semangat kepada Mohd Hakimi untuk berjaya dalam hidup.

“Saya didedahkan dengan pelbagai peralatan serta enjin kenderaan sejak berusia enam tahun, ia sekali gus mendorong minat saya untuk terbabit dalam bidang ini.

myMetro 10 Dis 2015



0 comments:

Post a Comment