December 21, 2015

Banglo disamun, 11 kena ikat

KAWASAN perumahan berlakunya kejadian tiga lelaki melarikan wang dan barang berharga bernilai RM100,000 di Greenlane Heights. FOTO Mikail Ong

Georgetown: Tiga lelaki bertopeng dan berpakaian serba hitam melarikan wang dan barang berharga bernilai RM100,000 dalam kejadian samun banglo tiga tingkat di Greenlane Heights, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 3 pagi itu, suspek dikatakan masuk melalui pintu kaca bahagian tepi rumah banglo terbabit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata suspek mengikat sebelas penghuni kediaman itu menggunakan kabel elektrik dan telefon.

"Sehingga ini, polis masih menjalankan siastan lanjut dan sedang mengesan tiga suspek terbabit. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.

myMetro 18 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment