December 17, 2015

Angkara sebuah kereta

Angkara sebuah kereta Treler yang terbabas dalam kemalangan semalam.

REMBAU -  Gara-gara pemandu sebuah kereta di hadapan mengubah haluan, sebuah treler hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan di Kilometer 38 Jalan Seremban - Tampin, pekan Kota, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, pemandu treler, S. Jason, 41, dan kelindannya dikenali sebagai Ram, 21, tidak mengalami kecederaan, bagaimanapun masih terkejut dengan insiden itu.

Menurut Jason, dia panik apabila treler dipandunya terbabas merempuh tembok jalan dan papan tanda di situ.

“Pada masa itu lampu trafik masih hijau sebelum sebuah Proton Wira di hadapan saya sudah memberikan isyarat masuk ke kiri jalan. Tapi, tiba-tiba sahaja pemandu kereta itu mengubah haluan ke kanan dan meneruskan perjalanan.

“Nasib baik masa itu tiada motosikal atau kereta lain di kiri treler ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Jason yang berpengalaman membawa lori selama 15 tahun berkata, dia cuba mengelak merempuh Proton Wira itu dengan menekan brek sekuat hati, bagaimanapun tidak berjaya mengawal kenderaannya.

Sementara itu, pemilik premis mencuci kereta, Arun Kumar, 32, berkata, ketika kejadian dia sedang membersihkan membersihkan bahagian dalam kereta dan cuaca pada ketika itu sedang hujan.

“Tiba-tiba saya dengar bunyi kuat dan benda berdentum.  Sebaik menoleh, kira-kira 10 meter ada lori sudah terbabas dan kedua-dua lelaki dalam lori keluar sendiri dari lori berkenaan," katanya.

Sinar Harian 12 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment