December 21, 2015

Ajal dua remaja

Tumpat: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Jalan Tumpat-Pengkalan Kubor dekat Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2, di sini, 6.15 petang tadi.

Difahamkan, kedua-duanya yang menunggang motosikal jenis Honda EX 5 dalam perjalanan dari Tumpat ke Pengkalan Kubor.

Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang Amir Imran Zamri, 15, dan dibonceng Muhammad Fariez Aizat Mohamad Mohktar, 17, hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan merempuh pembetung air.

Akibatnya, mereka parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat dihantar ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 18 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment