December 28, 2015

Ajal berlanggar dengan lori

Lokasi seorang lelaki maut motosikal ditunggang berlanggar dengan lori. FOTO Mohd Adam Arinin

Kota Kinabalu: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang berlanggar dengan lori di Kilometer 11 Jalan Tuaran By Pass, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, mangsa, Zaini Abdul Jalal, 57, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di beberapa anggota badan termasuk kepala.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari Tuaran ke Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa tidak menyedari lori yang dipandu lelaki berusia 36 tahun, dari arah bertentangan membuat pusingan U menyebabkan kemalangan berlaku.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 26 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment