December 21, 2015

16 tahun dah jadi ketua penyangak

LANGKAWI – Polis berjaya menumpaskan kumpulan curi dan pe­cah rumah dikenali sebagai Geng Mat Daud di pulau peranginan ini dengan tertangkapnya ketua kumpulan itu yang berumur 16 tahun dan 10 anggotanya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr. Che Ghazali Che Awang berkata, kumpulan yang dinamakan sempena nama gelaran ketua­nya itu dipercayai terlibat dalam 34 kes jenayah curi dan pecah rumah, kedai dan masjid di Langkawi.

Katanya, remaja lelaki itu yang mempunyai 13 rekod jenayah berjaya ditahan pada 9 Disember lepas dan susulan itu, 10 lagi anggota kumpulan itu berumur antara 16 dan 37 tahun ditahan di beberapa kawasan berasingan di sini.

“Berdasarkan soal siasat yang dijalankan, Geng Mat Daud ini telah terlibat di dalam lima kes kecurian motosikal dan 29 kes pecah ma­suk rumah, kedai dan masjid yang dilaporkan tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurutnya, sebanyak empat buah motosikal, kerangka dan komponen motosikal dan kereta serta beberapa bara­ngan lain yang keseluruhannya dianggar bernilai lebih RM20,000 dipercayai hasil kegiatan jenayah kumpulan itu turut berjaya ditemui.

Kosmo 21 Dis 2015


Geng Mat Daud tersungkur

KERANGKA motosikal curi yang ditemui semula oleh polis ekoran penangkapan 11 anggota 'Geng Mat Daud' di Langkawi. FOTO ihsan polis

Langkawi: Polis berjaya melumpuhkan 11 ahli Geng Mat Daud berusia 16 hingga 37 tahun yang aktif dalam kegiatan curi motosikal, pecah rumah dan ragut di Pulau Langkawi.

Ketua Polis Langkawi Superintendan, Dr Che Ghazali Che Awang berkata, suspek utama berusia 16 tahun ditahan polis hasil maklumat orang awam pada 9 Disember.

Menurutnya, penahanan suspek itu kemudian berjaya menahan 10 lagi rakannya di sekitar Pulau Langkawi.

“Hasil siasatan ke atas semua suspek, polis mendapati kumpulan itu sudah melakukan 34 kes jenayah iaitu kes curi motosikal sebanyak lima kes, manakala pecah rumah, kedai dan masjid 29 kes sepanjang tahun ini.

"Polis juga berjaya merampas empat buah motosikal, masing-masing satu rangka dan komponen motosikal serta kereta, selain pembersih hampagas yang dilaporkan hilang sekitar daerah ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

myMetro 20 Disember 2015


0 comments:

Post a Comment