December 7, 2015

121 orang dipindahkan di Batu Pahat

KAWASAN Kampung Seri Paya yang terjejas apabila dinaiki air setinggi 0.5 meter selepas hujan lebat dua jam. FOTO Mustapha Ismail

Batu Pahat: Seratus dua puluh satu orang daripada 32 keluarga dari Kampung Seri Paya dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Mukim Sri Gading di sini berikutan hujan lebat selama dua jam sehingga menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan petang semalam.

Pusat pemindahan berkenaan adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suria Perdana dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Paya, Mukim Sri Gading.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Batu Pahat Adnan Md Yassin berkata, dua pusat pemindahan itu dibuka pada 9 malam selepas air di beberapa kawasan di sini mula bertakung dan naik setinggi kira-kira 0.5 meter sejurus hujan lebat sejak 5 petang.

Katanya, kedua-dua pusat pemindahan itu dibuka selepas mendapat arahan pindah oleh pihak berkuasa atas faktor keselamatan, memandangkan kawasan berkenaan terletak di kawasan yang rendah.

“Sehingga 3 petang tadi jumlah mangsa yang dipindahkan di kedua-dua pusat pemindahan banjir itu membabitkan 112 orang yang terdiri daripada 32 keluarga.

“Di SK Sri Paya 21 mangsa dipindahkan yang membabitkan 9 keluarga, manakala di SMK Suria Perdana pula terdiri daripada 91 mangsa daripada 23 keluarga,” katanya

Menurut Adnan, kesemua mangsa kini berada dibawah pemantauan JKM dan pihaknya turut menyediakan keperluan asas termasuk makanan, pakaian dan selimut.

myMetro 6 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment