Kuala Lumpur: Pelawak terkenal, Yussry Edoo, 39, atau Yus Jambu meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas, kira-kira 12 tengah malam tadi.
Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Ahmad Abdullah, berkata Yus terbabit dalam program Raja Band anjuran Karyawan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka, malam tadi.
"Allahyarham mengadakan persembahan bersama kumpulannya iaitu Lima Bara sebagai artis jemputan. Selepas menyanyi tiga lagu, arwah terus pulang pada 11.30 malam.
"Kira-kira setengah jam kemudian kami terkejut apabila pembantu peribadinya memaklumkan beliau dikejarkan ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia," katanya.
myMetro 30 Nov 2015
Yus Jambu meninggal dunia
KUALA LUMPUR - Pelawak terkenal Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussy Edoo, 39, meninggal dunia di Hospital Selayang, Batu Cave, akibat mengalami sesak nafas tengah malam tadi.
Berita tersebut telah dimuat naik oleh rakan beliau yang juga pelawak, Zamatul Amri Zakaria atau dikenali sebagai Tauke di laman Instagram miliknya.
Yus merupakan juara program Raja Lawak pada tahun 2007.
Sepanjang kerjaya sebagai pelawak, beliau pernah membintangi beberapa buah filem termasuk, Apa Celup Toqq, Hantu Bungkus Ikat Tepi dan Cicakman 3. - K! ONLINE
Kosmo 30 Nov 2015
Persembahan terakhir Pak Yus Jambu
ALLAHYARHAM bersama bekas peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa, Ucop sebelum membuat persembahan malam tadi. FOTO ihsan Uchop Avidity
Kuala Lumpur: Final Raja Band di Dataran Merdeka, di sini, malam tadi menjadi pentas akhir pelawak popular Allahyarham Yussry Edoo, 39, atau Pak Yus Jambu membuat persembahan sebelum dia meninggal dunia di Hospital Selayang akibat serangan jantung kira-kira 12 tengah malam tadi.
Dalam program anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu, Yus bersama kumpulan muziknya Lima Bara tampil sebagai artis jemputan dan menyanyikan tiga lagu.
Pemain dramnya, Norazhar Buyong atau Pak Cu berkata, ketika membuat persembahan Yus yang juga penyanyi kumpulan itu agak agresif.
“Dia melompat-lompat dan ada sekali dia duduk di atas ‘bass drum’ di depan saya. Sebaik persembahan selesai, Pak Yus hilang dan kemudian kami dapati dia sudah berada dalam kereta.
“Ketika itu dia duduk bersandar tanpa berbaju. Dia kelihatan penat tetapi tetap bersembang dengan kami seperti biasa," kata Pak Cu yang juga anggota kumpulan XN3 dalam program Maharaja Lawak pada 2011.
Pak Cu berkata, Yus mengajaknya menaiki kereta bersama untuk pulang. Turut berada di dalam kereta berkenaan ialah dua bekas peserta Maharaja Lawak iaitu Jon daripada kumpulan Ekzos dan Mie (kumpulan Shake).
“Ketika tiba di Jalan Kuching, dia tiba-tiba meminta pendingin hawa ditutup dan membuka tingkap kereta. Dia juga tiba-tiba tidak sedarkan diri. Kami cuba kejutkannya tetapi perutnya sudah keras. Kami yang panik akhirnya membuat keputusan membawanya ke Hospital Selayang,” katanya.
Pak Cu berkata, ketika di hospital doktor memaklumkan degupan jantungnya sudah berhenti.
“Kira-kira setengah jam kemudian doktor memaklumkan Yus sudah meninggal dunia,” katanya.
Difahamkan, Yus menghidap kencing manis dan darah tinggi selain turut mengalami masalah jantung.
Jenazah Yus dibawa ke kampung halamannya di Perlis awal pagi tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam dekat Bintong, selepas solat Zohor, hari ini.
myMetro 30 November 2015
0 comments:
Post a Comment