November 5, 2015

Waris, penjaga bayi dicari

Bayi lelaki yang ditemui di stor restoran.

Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedang mengesan waris atau penjaga seorang bayi lelaki yang baru berusia 15 hari bagi perancangan dan penempatan seterusnya bayi berkenaan.

Ketua Bahagian Kanak-kanaknya Norazimah Yusoh berkata, bayi berkenaan dijumpai orang ramai di dalam stor di sebuah restoran di Jalan Alor, di sini, jam 2 pagi, 14 Oktober lalu.

“Bayi itu diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa dan dirawat di Jabatan Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) seterusnya pihak hospital merujuk perkara ini kepada pihak JKM untuk perlindungannya selepas selesai menerima rawatan.

“Sehingga kini, bayi terbabit ditempatkan di JKM mengikut Perintah Jagaan Sementara, Seksyen 25 (2) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut beliau, demi masa depan kanak-kanak terbabit, JKM berharap ibu kandung bayi hadir ke JKM Kuala Lumpur di Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, No 2, Jalan Pahang, di sini.

“Ibu atau waris bayi boleh menghubungi Pegawai Pelindung JKM Azizul Rahaman Zabidin di talian 03-26124000 atau 03-26124125,” katanya.

myMetro 5 November 2015

0 comments:

Post a Comment