November 12, 2015

Warga Indonesia lemas tergelincir dari bot

DITEMUI: Anggota bomba dan JPAM mengusung mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Sibu.

SIBU: Mayat seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai lemas setelah terjatuh ke sungai kelmarin, ditemui semalam.

Mangsa dikenali Semri Bertolens Tefa berusia 32 tahun.

Sementara itu, anggota gerakan mencari dan menyelamat berjaya menemui mayat mangsa sekitar jam 11.30 pagi semalam.

Mayat mangsa dijumpai terapung di antara Sungai Bungan Kecil dan Rassau kira-kira 35 kilometer dari tempat kejadian.

Dalam kejadian jam 1 petang kelmarin, mangsa dikatakan tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai dari sebuah bot ekspres di Sungai Rassau.

Pengendali bot ekspres terbabit kemudian membuat laporan polis.

Sementara itu, polis hanya menemui satu telefon bimbit dan dompet pada badan mangsa.

Sebaik sahaja berjaya dibawa naik ke darat, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu.

Utusan Borneo 10 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment