November 24, 2015

Warga emas maut terjun hospital

Mayat warga emas yang terjatuh ke atas bumbung tingkatr empat Hospital Selayang malam tadi. - Foto Ihsan PDRM

Kuala Lumpur: Seorang pesakit warga emas maut selepas terjun dari tingkat 10 Hospital Selayang, malam tadi.

Lelaki berusia 64 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan pada 21 November lalu, berikutan komplikasi hati akibat jangkitan kuman.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira 9.40 malam tadi, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak hospital.

“Mangsa bertindak terjun dari tingkap bersebelahan katilnya dan terjatuh ke atas bumbung tingkat empat hospital berkenaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

myMetro 23 November 2015



0 comments:

Post a Comment