November 25, 2015

Warga emas hilang ketika mencari lokan

SIBU - Seorang warga emas yang keluar rumah mencari lokan di Sungai Beruan, Kampung Jerijih Lama, Belawai di Tanjung Manis awal hari ini  dilaporkan hilang selepas tidak kembali ke rumah sehingga lewat petang.    

Arsat Bujing, 64, dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Jerijih Baru pada kira-kira pukul 8 pagi dengan menunggang motosikal menuju ke kebunnya di Bulatan Airport.  

Anggota keluarganya telah membuat laporan polis.  

Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei, Deputi Superintendan Dominic Josip berkata, satu operasi mencari dan menyelamat dijalankan sepasukan seramai 18 orang terdiri daripada anggota Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan penduduk kampung.  

Mereka telah menemui motosikal Arsat di kebunnya namun warga emas itu masih belum dijumpai sehingga operasi ditangguhkan pada pukul 7 malam.  

Operasi akan disambung semula pagi esok. - Bernama

21 NOVEMBER 2015

0 comments:

Post a Comment