November 21, 2015

Warga emas dipercayai lemas ketika mencari siput dan lokan

SIBU - Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas ketika mencari siput dan lokan di Sungai Beruan, Belawai dekat sini hari ini.

Difahamkan, mangsa, Arsat Bujang, 64, keluar dari rumahnya di Kampung Jerijeh Baru di sini sekitar pukul 8 pagi dengan menaiki sebuah motosikal jenis Honda Wave menuju ke sungai berkenaan.

Bagaimanapun, anak mangsa gagal mengesan bapanya di sekitar tebing sungai berkenaan selepas beberapa jam dia tidak pulang ke rumah seterusnya bertindak membuat laporan polis dan bomba untuk bantuan mencari dan menyelamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

"Operasi mencari dan menyelamat dilakukan bersama pihak polis dan penduduk kampung bermula pukul 11 pagi tadi.

"Operasi ditumpukan di sekitar kawasan sungai yang mana lokasi terakhir mangsa dipercayai berada. Setakat ini, mangsa belum ditemui," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - K! ONLINE

Kosmo 21 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment