November 5, 2015

Warga China maut ditikam peragut

JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga China mati selepas ditikam dua suspek dalam cubaan ragut di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata dalam kejadian itu jam 9.45 malam, mangsa Du Wei Qing, 44, sempat berlari mendapatkan bantuan selepas ditikam.

Bagaimanapun, mangsa maut di hadapan sebuah restoran, kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian. "Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berita Harian 5 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment