November 9, 2015

Wanita maut dua kereta bertembung


KEADAAN kenderaan terbabit kemalangan. FOTO ihsan Bomba

Johor Bahru: Wanita berusia 23 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabas di satu selekoh dan bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan di Kilometer 34.5 Jalan Johor Bahru menghala Gelang Patah, kira-kira 8.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, mangsa yang bertugas sebagai polis bantuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas Gelang Patah mati serta merta di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan di anggota badan dan dibawa ke Hsopital Kulai untuk bedah siasat.

Katanya, pemandu dan dua penumpang di kenderaan berasingan mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Siasatan awal telah dijalankan dan mendapati mangsa, Norhidayah Ismail, memandu kereta Honda dalam perjalanan ke Gelang Patah manakala pemandu Proton Wira, Khamis Simin, 41, dalam perjalanan menghala ke Johor Bahru-Pendas.

"Menurut saksi, kereta dipandu mangsa memasuki lorong sebelah kanan dan terus melanggar proton Wira dari arah bertentangan walaupun pemandunya cuba mengelak," katanya ketika dihubungi di sini hari ni.

myMetro 8 November 2015

0 comments:

Post a Comment