November 21, 2015

Tragedi empat kereta berlanggar

Mahizan (gambar kecil) maut dalam kemalangan empat kereta, pagi tadi. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi dan ihsan bomba

Bagan Serai: Seorang maut, manakala seorang lagi parah dan 11 terselamat dalam kemalangan membabitkan empat kereta di Kilometer 196.6 Lebuhraya PLUS arah selatan, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 5.45 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Mahizan Ahmad, 58, dari Balik Pulau, Pulau Pinang dan kemalangan membabitkan kereta jenis Honda Jazz, Honda City, Honda Accord dan Toyota Camry.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 5.57 pagi dan sebaik tiba di lokasi, 13 mangsa termasuk tiga daripadanya didapati tersepit dalam kereta.

"Terdapat 13 mangsa yang terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kereta itu dengan tiga mangsa tersepit, manakala seorang meninggal dunia di tempat kejadian.

"Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkan kepada pihak paramedik untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi pagi tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat yang diketuai oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan itu tamat pada 7.30 pagi.

myMetro 20 November 2015



0 comments:

Post a Comment