November 30, 2015

Terbalik elak kereta masuki laluan

Kereta Proton Iswara Aeroback dipandu Anowar yang terbalik kerana mengelak kereta memasuki laluannya. - Foto SHAMSUDIN HUSIN

Kemaman: Seorang lelaki nyaris maut apabila Proton Iswara Aeroback dipandunya terbabas dan terbalik di Jalan Seri Bandi - Kampung Ibok , dekat Ladang FELCRA Darat Datu, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, kereta dipandu Anowar Husin, 28, terbabas dan melanggar longkang sebelum terbalik selepas mengelak sebuah Proton Saga datang dari arah bertentangan.

Anowar yang ditemui di lokasi kejadian berkata, dia terbabas selepas terpaksa mengelak sebuah Proton Saga dipandu seorang lelaki memasuki laluannya.

"Nasib baik saya tidak mengalami kecederaan atau mati dunia akibat kemalangan ini.

"Saya kesal kerana pemandu Proton Saga itu tidak langsung berhenti untuk menolong saya selepas kemalangan itu," katanya.

myMetro 29 November 2015



0 comments:

Post a Comment