November 25, 2015

Suami tikam isteri akibat cemburu

KOTA KINABALU - Seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas ditikam oleh suaminya sendiri dalam kejadian di sebuah kedai gunting rambut di Kompleks Karamunsing di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, mangsa yang berusia 36 tahun mengalami kecederaan di bahagian ulu hati dan lengan kiri akibat ditikam menggunakan sebilah pisau.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Yong Thien Foh berkata, siasatan awal mendapati suspek yang berusia 50 tahun mempunyai masalah rumahtangga dengan isterinya.

"Suspek mensyaki isterinya yang bekerja di kedai gunting rambut mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan mangsa juga dikatakan telah keluar dari rumah pada 24 November," katanya di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, suspek berjaya ditahan pada hari yang sama dan pisau yang digunakan untuk menikam mangsa juga telah ditemui.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE

Kosmo 25 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment