November 17, 2015

Sembilan rumah dinaiki air di Bau

ANGGOTA Bomba menjalankan pemantauan di lokasi banjir. FOTO ihsan Bomba

KAMPUNG Peninjau Baru, Seniawan yang dinaiki air. FOTO ihsan Bomba

Bau: Hujan lebat sejak pagi semalam, menyebabkan sembilan rumah di Kampung Peninjau Baru, Seniawan di sini, dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.

Bagaimanapun, tiada penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Ebby Hirwandy Sarbini berkata, hujan lebat ditambah limpahan air Sungai Sarawak Kiri, menyebabkan beberapa rumah di kampung itu dinaiki air.

Menurutnya, air mula naik pada 4.10 petang dan semakin surut, walaupun di kampung itu masih hujan, setakat 6 petang.

"Pasukan penyelamat ditempatkan di kampung itu sebagai langkah berjaga-jaga untuk memindahkan penghuni rumah sekiranya perlu.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini," katanya.

myMetro 16 November 2015



0 comments:

Post a Comment