November 23, 2015

Sejam dah masuk rumah

FOTO Omar Osman

Sungai Petani: Lebih 100 kediaman penduduk Kampung Air Mendidih, Taman Serindit dan Taman Tiong, di sini, dilanda banjir kilat selepas hujan lebat lebih dua jam.

Hujan lebat bermula kira-kira 2 petang, menyebabkan air mula memenuhi kawasan rumah.

Penduduk Kampung Air Mendidih B Thiruselvy, 34, berkata, air naik begitu cepat pada kira-kira 3 petang.

Katanya, ketika itu air sudahpun memenuhi kawasan desa itu yang kemudiannya masuk ke rumah sehingga paras pinggang.

Menurutnya, kejadian banjir kilat berlaku sejak 30 tahun lalu apabila hujan lebat pasti kampung ini akan ditenggelami air.

“Tidak sampai dua minggu kampung ini sekali lagi dilanda banjir kilat dan tahun ini sahaja sudah 12 kali kejadian sama berulang.

“Pelbagai aduan dibuat namun sehingga kini tiada tindakan diambil pihak bertanggungjawab,” katanya.

Difahamkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dan beberapa agensi lain turut berada di beberapa lokasi kejadian membantu mangsa banjir.

Sehingga petang ini, tiada pusat pemindahan dibuka kerana sudah mula surut.

myMetro 22 November 2015



0 comments:

Post a Comment