November 14, 2015

Roti bertaburan di atas jalan

PETUGAS LPT mengutip sebahagian daripada roti yang bertaburan di atas jalan. FOTO Rosli Ilham

Chukai : Pemandu lori terselamat selepas lori yang dipandunya merempuh lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 267.7, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat susur Cheneh, pagi tadi.

Berikutan kejadian itu, bekalan roti keluaran syarikat terkenal bernilai RM20,000 dibawa lori yang dipandu Rahmat Che Harun, 39, bertaburan di atas lebuh raya.

Lori dipandu Rahmat itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Cheneh bagi menghantar bekalan roti terbabit.

Kenderaan mangsa dikatakan gagal dikawal sebelum merempuh lori kargo yang berhenti di lorong kecemasan itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan kedua-dua pemandu lori tidak mengalami kecederaan serius.

myMetro 12 November 2015

0 comments:

Post a Comment