November 28, 2015

Resah majlis nikah terbantut

NUR Hasiah menunjukkan borang pendaftaran kursus kahwin.

Melaka: Seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinan Disember ini, resah selepas pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan bapa kandung dilakukan sebelum ini gagal membuahkan sebarang hasil.

Nur Hasiah Adnan, 17, berkata berikutan itu dia bimbang majlis perkahwinan yang sudah diatur itu akan terbantut berikutan kegagalan bapanya yang juga wali kepadanya hadir pada majlis pernikahan itu nanti.

Katanya, dia tidak pernah menatap wajah bapanya Adnan Ismail yang berpisah dengan ibunya Fauziah Ibrahim ketika pasangan itu menetap di Bandar Seri Bandi, Kemaman, Terengganu.

“Ketika berkahwin usia bapa adalah 20 tahun manakala ibu pula baru 14 tahun, selepas mereka berpisah saya kemudian dibesarkan oleh ibu. Sejak itu bapa memang tidak pernah datang melawat saya dan terus menghilangkan diri tanpa sebarang khabar atau berita.

“Kami sekeluarga cuba mengesannya dengan bertanya kepada kenalan yang mungkin tahu lokasi dia berada sekarang, kerana tarikh majlis perkahwinan saya sudah semakin hampir,” katanya yang kini menetap di Taman Seri Duyong Permai, Melaka Tengah, di sini.

Gadis itu berkata, keluarganya turut melakukan semakan dengan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mendapati bapanya masih hidup namun gagal mendapat maklumat mengenai alamat tempat tinggalnya yang terkini.

Berikutan itu gadis berkenaan meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui lokasi bapanya yang kini berusia 37 tahun untuk menghubunginya dengan segera di talian 011-23390698.

myMetro 27 November 2015



0 comments:

Post a Comment