November 7, 2015

Remaja perempuan lemas selamatkan adik

Anggota bomba dan penyelamat cuba memberi bantuan kepada Norimah Ahmad, 17, namun dia gagal diselamatkan. - Foto Bernama

Tawau: Seorang remaja perempuan mati lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya yang terjatuh di sebuah kolam di Kampung Hidayat, Jalan Apas di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Mohd Razali Awang Ahmad berkata Norimah Arman, 17, berjaya menyelamatkan adik lelakinya yang berusia lima tahun, namun dia tergelincir ke dalam kolam berkenaan.

"Kami menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 7.50 pagi dan menghantar sebuah jentera bersama enam anggota ke lokasi kejadian. Mangsa dijumpai pada jam 8.27 pagi," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ketika kejadian mangsa dan adiknya dikatakan sedang mencuci kain di tebing kolam berkenaan dan dipercayai tidak pandai berenang.

Menurut Mohd Razali pihaknya menamatkan operasi pada jam 9.22 pagi dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

myMetro 6 November 2015

0 comments:

Post a Comment