November 12, 2015

Remaja maut dilanggar kereta api

Mayat mangsa di tempat kejadian. FOTO Ahmad Ismail

Segamat: Remaja lelaki maut dilanggar kereta api penumpang di Taman Perling, Segamat, Johor tengah hari tadi.

Dalam kejadian 12.45 tengah hari itu, Azmi Arrifin, 15, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan berdiri di tepi landasan.

Katanya, kereta api penumpang terbabit sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

"Mayat dibawa ke Hospital Segamat untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

myMetro 11 November 2015


Maut dilanggar kereta api

SEGAMAT - Seorang remaja lelaki maut dilanggar kereta api yang sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur berhampiran Paya Pulai, di sini, kira-kira jam 12.45 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mangsa dikenali sebagai Azmi Ariffin, 15, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan anggota badan.

“Mangsa yang sudah tidak bersekolah itu tinggal di Taman Perling, Paya Pulai dan lokasi kejadian terletak kira-kira 400 meter dari pondok pengawal Keretapi Tanah Melayu Berhad Paya Pulai.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai berada berhampiran landasan dan pemandu kereta api juga sempat menekan hon tanda amaran dan menekan brek kecemasan,” katanya.

Menurutnya, mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah pada malam sebelum kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Segamat untuk bedah siasat.

Sinar Harian 12 Nov 2015


0 comments:

Post a Comment