November 28, 2015

Rambut tersangkut pada motor mesin urut kaki

BEBERAPA anggota bomba membantu menyelamatkan kanak-kanak perempuan selepas rambutnya terbelit pada motor mesin urut tapak kaki di rumahnya di Kampung Gadong, Seremban semalam.

SEREMBAN – Seorang budak perempuan terpaksa menahan sakit lebih setengah jam apabila rambutnya terbelit pada motor mesin urut tapak kaki di rumahnya di Kampung Gadong di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 itu, kanak-kanak berusia enam tahun tersebut bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang sedang mengurut kaki, tunduk untuk mengambil permainan yang terjatuh di atas lantai menyebabkan rambutnya masuk ke dalam bahagian motor mesin ber­kenaan.

Ibu mangsa yang melihat kejadian itu segera mematikan suis dan cuba mengeluarkan rambut anaknya selama 15 minit namun gagal dan menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Md. Munawir Md. Yusoff berkata, pihaknya yang menerima panggilan pada pukul 11.49 pagi tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian bersama enam anggota.

Kosmo 28 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment