November 12, 2015

Rakam aksi 'toyol'

RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan tindakan suspek menggeledah kedai berkenaan.

Bangi: Seorang penyamun ‘toyol’ dikesan menyusup masuk ke dalam sebuah kedai menjual kelengkapan majlis keraian di Bangi Sentral, di sini, tanpa menyedari aksinya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian jam 2.45 pagi Jumaat lalu, suspek berusia lingkungan 20-an memasuki premis berkenaan melalui pintu belakang kedai.

Difahamkan banyak premis di kawasan perniagaan terkenal di Bandar Baru Bangi itu kerap diceroboh penjenayah sebelum ini

Pemilik kedai, Mastura Muhamad, 35, berkata, kejadian disedari seorang pekerjanya yang tiba jam 9.30 pagi untuk membuka kedai.

“Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati terdapat kesan umpil di bahagian tingkap belakang premis.

“Pihak kami mengalami kerugian lebih RM10,000 termasuk wang tunai sebanyak RM2,000, dua komputer riba serta kerosakan pada CCTV dan alat sistem jualan runcit ‘point-of-sale’ (POS),” katanya.

Menurutnya, berdasarkan rakaman CCTV, suspek berbadan kurus dan berambut pendek itu berusia lingkungan 20 hingga 23 tahun.

myMetro 12 November 2015


0 comments:

Post a Comment