November 17, 2015

Puncak Alam banjir lagi

Air lumpur yang memasuki rumah penduduk.- Foto Ihsan Pembaca

Keadaan banjir yang melanda kawasan perumahan di Puncak Alam. - Foto Ihsan Pembaca

Keadaan banjir yang melanda kawasan perumahan di Puncak Alam. - Foto Ihsan Pembaca

Puncak Alam: Hujan lebat selama kira-kira dua jam dari jam 6 petang hingga 8 malam tadi menyebabkan kawasan sekitar Bandar Puncak Alam dinaiki air antara satu ke 1.5 meter.

Keadaan itu menyebabkan lebih 200 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Surau Taufiqiyah, Sinar Alam di sini.

Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Alam Mohd Hanif Md Sultan berkata, banjir malam ini menyebabkan 300 kediaman terjejas dan usaha memindahkan penduduk masih dilakukan.

Katanya, kejadian itu kali kedua berlaku tidak sampai empat bulan selepas kejadian sama pada 11 Ogos lalu.

"Hujan lebat kira-kira dua jam menyebabkan paras air di kawasan ini naik mendadak antara satu ke 1.5 meter.

"Ketika ini penduduk terjejas sedang dipindahkan," katanya.

myMetro 15 November 2015


Lima kolam tak tertampung

Keadaan air mula melimpah di atas jalan ekoran banjir kilat di Hadapan Menara U, Shah Alam.

Kuala Selangor: Banjir kilat berserta lumpur di beberapa kawasan di Puncak Alam Sabtu lalu dipercayai berpunca daripada kolam tadahan air yang gagal menampung jumlah air selain pembangunan di kawasan berkenaan.

Dalam kejadian itu, lebih 200 penduduk membabitkan penghuni 167 rumah di Fasa 2B3, Sinar Alam terjejas buat kali kedua pada tahun ini manakala dua jalan utama ke Bandar Puncak Alam iaitu Jalan Meru Tambahan dan Jalan Persiaran Puncak Alam, ditenggelami air.

Pengerusi Majlis Pemuafakatan Penduduk (MPP) Bandar Puncak Alam Mohd Hanif Md Sultan berkata, Puncak Alam memiliki lima kolam tadahan air dan tidak mampu menampung kuantiti air menyebabkan kediaman di kawasan rendah dinaiki air.

“Kami sedih dan kecewa apabila kejadian sama berulang sekali lagi dalam tempoh empat bulan, malah banjir kali ini lebih buruk berbanding Ogos lalu yang hanya membabitkan 100 rumah.

“Kami mahukan penyelesaian menyeluruh daripada pihak berkaitan sama ada melakukan kerja penyelenggaraan terhadap kolam berkenaan atau melakukan audit bagi meneliti masalah ini,” katanya ketika ditemui kelmarin.

myMetro 18 November 2015




0 comments:

Post a Comment