November 9, 2015

Penyelam hilang selamat ditemui

MANGSA ditemui terapung oleh APMM. FOTO Rosli Ilham

Dungun: Pelancong tempatan ditemui terapung kira-kira 15 batu nautika dekat Pulau Tenggol, Dungun, 11 pagi tadi selepas dilaporkan hilang hampir 24 jam lalu.

Koh Chia Chin, 49, dari Kuala Lumpur ditemui pasukan APMM yang menjalankan gerakan mencari selepas menerima laporan kehilangan mangsa.

Sebelum itu, mangsa bersama tiga rakannya menyelam di kawasan Pulau Tenggol tengah hari semalam tetapi dikatakan tidak timbul.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Amri Mohamad berkata, selepas puas mencari rakan mangsa kemudiannya membuat laporan polis kira-kira 11 malam tadi.

Menurutnya, polis dan bomba yang menerima laporan kemudiannya dengan bantuan APMM melancarkan gerakan mencari dan menyelamat pada pagi tadi.

"Pasukan APMM menemui mangsa dalam keadaan selamat sebelum membawa mangsa ke Jeti Kuala Dungun.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun sebelum dibenarkan pulang,"katanya.

myMetro 8 November 2015

0 comments:

Post a Comment