November 20, 2015

Pengawal keselamatan Nepal maut jatuh longkang

Keadaan pengawal keselamatan yang maut selepas terjatuh ke dalam longkang. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Parit Buntar: Mayat pengawal keselamatan ditemui di dalam longkang di hadapan bangunan Local Agenda 21, Taman Damai, di sini, petang tadi.

Mayat lelaki itu ditemui oleh pelajar sekolah yang melalui kawasan berkenaan kira-kira 2 petang.

Ketua Polis Daerah Kerian Superindan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, mangsa adalah warga Nepal yang dikenali sebagai Pushkar Singh Gurung, 38 dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasar raya berhampiran.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam longkang yang dipenuhi air itu.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian, namun setakat ini pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dan kes disiasat sebagai mati mengejut," katanya.

myMetro 19 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment