November 25, 2015

Pengasas Restoran Nasi Ulam Cikgu meninggal dunia

MUHAMMAD Hussin menunjukkan gambar Allahyarham yang meninggal dunia akibat kanser gusi. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Pengasas Restoran Nasi Ulam Cikgu, Abdul Hamid Idris, 65, meninggal dunia 6.30 pagi tadi di rumahnya di Kampung Pasir Kota, di sini, akibat kanser gusi.

Allahyarham mengusahakan restoran berkenaan sejak 20 tahun lalu menghembuskan nafas terkahir di sisi isterinya, Siti Razam Awang, 64, anak dan cucu.

Menantunya, Muhammad Hussin, 40, berkata, bapa mertuanya itu menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan menjalani satu pembedahan Disember 2013.

"Keadaan ayah semakin tenat sejak April lalu dan tidak boleh menjalani pembedahan kerana masalah jantung.

"Jenazah ayah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tambak, Pasir Kota, selepas zohor," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

myMetro 24 November 2015

0 comments:

Post a Comment