November 25, 2015

Pemandu cedera bas ekspress terbabas

BAS ekspress rempuh pembahagi jalan. FOTO Muhammad Mikail Ong

Georgetown: Pemandu bas ekspres cedera di kepala dan kaki selepas kenderaan dipandunya merempuh pembahagi jalan di Batu Uban, di sini,pagi tadi.

Dalam kejadian 7 pagi itu, pemandu bas berusia lingkungan 40-an terbabit dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Jurucakap trafik berkata, ketika kejadian bas berkenaan membawa enam penumpang menuju ke stesen bas di Sungai Nibong, di sini.

"Bagaimanapun, semua penumpang bas terbabit tidak mengalami kecederaan.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kemalangan," katanya.

myMetro 24 November 2015

0 comments:

Post a Comment