November 8, 2015

Pelajar maut, rakan patah kaki

GEMAS - Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman (Star) Gemas maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di simpang tiga, Jalan Pasir Besar-Londah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, Lew Hock Lun, 16, yang menunggang motosikal parah di kepala dan kedua-dua kaki maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Segamat.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, rakan mangsa yang membonceng motosikal berkenaan, Teh King Kiat, 16, patah kaki kanan dan mendapatkan rawatan di Hospital Segamat.

“Berdasarkan siasatan awal, kemalangan berkenaan membabitkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 dan kereta jenis Toyota Vios.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, ada dua motosikal keluar dari simpang kiri dan masuk ke jalan besar. Kereta yang dalam perjalanan dari Triang, Pahang, ke Johor telah mengelak ke kanan tetapi berlaku perlanggaran dengan motosikal mangsa yang berada di belakang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kemalangan berkenaan masih dijalankan.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar Harian 5 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment