November 25, 2015

Pelajar cacat penglihatan terima anugerah graduan


Penerima Anugerah Kecemerlangan (dari kiri) Ngu Xue Lee dan Adilah Zabir (Pingat Emas Naib Canselor), Oh Zi Jian (Pingat Emas Lembaga Pengarah Universiti), A Sathish Rao dan Fatin Fadwana Mohd Safinggi (Anugerah Pelajaran Diraja) dan Airen Surayya Khairu Anuar (penerima Pingat Emas Canselor) ceria bersama medal dan ijazah masing-masing pada Istiadat konvokesyen ke-17 Sidang Kedua Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini. - Foto Bernama

ARAU - Cacat penglihatan tidak menghalang Muhammad Razlan Ibrahim Mukhtar untuk merangkul Anugerah Graduan Terbaik (Khas) pada konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-83 di Dewan Semarak UiTM Perlis, hari ini.

Graduan Diploma Pengajian Perniagaan itu kini menyambung pengajian di University of South Australia, City West Campus, Adelaide, Australia dalam bidang Inovasi Perniagaan dan Keusahawanan.

Muhammad Razlan, 21, memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.86 diwakili ibunya, Rotimah Abdul Muda, 45, menerima anugerah itu daripada Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Sallehuddin Mohamed.

Ibunya yang berniaga nasi lemak di Butterworth, Pulau Pinang ketika ditemui pemberita menangis kegembiraan kerana usaha gigih anak sulungnya itu membolehkan beliau mencapai cita-cita menyambung pelajaran di luar negara walaupun memiliki kekurangan.

"Walaupun Muhammad Razlan buta kedua-dua belah matanya dan kami serba kekurangan, dia kuat semangat dan tidak pernah berputus asa.

"Bukan mudah bagi Muhammad Razlan tetapi saya yakin berkat doa serta sokongan tenaga pengajar UiTM, beliau mampu menghadapinya," kata Rotimah yang merupakan ibu tunggal.

Katanya Muhammad Razlan yang merupakan anak sulung dari empat beradik berazam membantu orang-orang yang senasib dengannya selepas tamat belajar kelak selain ingin membuktikan orang kurang upaya seperti beliau mampu mencapai kejayaan.

Muhammad Razlan dijangka menamatkan pengajiannya di Australia pada pertengahan tahun 2017.

Selain beliau, empat graduan lain menerima anugerah antaranya Ahmad Amsyar Azhar (Diploma Perakaunan-Anugerah Graduan Terbaik dan Anugerah Terbaik Fakulti dan Program); Muhammad Haziq Othman (Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Kewangan Kepujian-Anugerah Graduan Terbaik Sarjana Muda).

Nur Faralina Mohd Fauzi (Diploma Sains Kuantitatif-Anugerah Graduan Terbaik Kepimpinan dan Anugerah Graduan Terbaik Fakulti dan Program); dan Nur Afifa Izzaty Zulkifli-Anugerah Graduan Terbaik Program).

Mereka masing-masing menerima wang tunai RM500 dan sijil penghargaan. - Bernama

Sinar Harian 24 Nov 2015


Pelajar buta cemerlang

ARAU – Cacat penglihatan tidak menghalang Muhammad Razlan Ibrahim Mukhtar, 21, untuk merangkul Anugerah Graduan Terbaik (Khas) pada konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-83 di Dewan Semarak UiTM Perlis di sini semalam.

Graduan Diploma Pengajian Perniagaan itu kini menyambung pengajian di University of South Austra­lia, City West Campus, Adelaide, Australia dalam bidang Inovasi Perniagaan dan Keusahawanan.

Muhammad Razlan, 21, memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif 3.86 diwakili ibunya, Rotimah Abdul Muda, 45, menerima anugerah itu daripada Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Sallehuddin Mohamed.

Ibunya yang berniaga nasi lemak di Butterworth, Pulau Pinang ketika ditemui pembe­rita menangis kegembiraan ke­rana usaha gigih anak sulungnya itu membolehkan beliau mencapai cita-cita menyambung pelajaran di luar negara walaupun memiliki kekurangan.

Kosmo 25 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment