November 25, 2015

Pekerja hotel mati di PD

PORT DICKSON - Seorang pekerja hotel ditemui mati di tempat kerjanya hari ini.

Mayat Abdul Rahman Razak, 49, ditemui beberapa rakan sekerjanya dalam keadaan terlentang di tepi tangki air hotel itu pada pukul 9 pagi.

Difahamkan, mereka mencari Abdul Rahman selepas tidak menemui mangsa selama tiga hari.

Lelaki itu yang bekerja di bahagian penyelenggaraan di hotel berkenaan sejak 16 tahun lalu dikatakan masih bujang dan tinggal dengan kakaknya di Kampung Bagan Pinang dekat sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan kejadian kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat.

Jenazah kemudiannya dituntut ahli keluarga dan disemadikan di tanah perkuburan Taman PD Utama di sini. K! ONLINE

Kosmo 25 Nov 2015


Mati tepi tangki air hotel

Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat. - Foto MOHD KHIDIR ZAKARIA

Port Dickson: Seorang pekerja hotel ditemui mati bersebelahan tangki air tingkat atas bangunan hotel tempatnya bekerja di Batu 4, Jalan Pantai di sini, pagi ini.

Mangsa, Abdul Rahman Razak, 49, ditemui rakan sekerja selepas terhidu bau busuk ketika mencari mangsa di sekitar hotel berkenaan, kira-kira jam 9 pagi.

Difahamkan, kehilangan Abdul Rahman disedari rakan sekerja apabila menemui motosikal mangsa di parkir hotel sedangkan mangsa tidak datang bertugas sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, polis menjalankan pemeriksaan di lokasi penemuan dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat.

myMetro 25 November 2015



0 comments:

Post a Comment