November 2, 2015

Pejalan kaki maut dilanggar lori pikap

KOTA KINABALU - Seorang pejalan kaki lelaki berusia 38 tahun maut dilanggar kenderaan lori pikap dalam kemalangan di Jalan Tuaran di sini, semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, dalam kejadian jam 8 malam, ini, lori pikap itu dari arah Kingfisher  menghala ke Tuaran telah melanggar mangsa yang secara mengejut melintas dari arah kiri untuk ke seberang kanan jalan.

"Akibat daripada kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Likas oleh pemandu kenderaan berkenaan," katanya dalam  kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 45 minit kemudian. - Bernama

Sinar Harian 1 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment