November 24, 2015

Orang Asli terputus hubungan

Keadaan jalan yang menghubungkan perkampungan Orang Asli Kampung Bawong ke Pos Poi yang terputus. - Foto Ihsan Bomba

Sungai Siput : Ratusan penduduk di perkampungan Orang Asli Kampung Bawong di sini, terputus hubungan selepas laluan jalan utama dari kampung berkenaan menghala Pos Poi dan Pos Piah dekat sini, terputus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak mengesahkan kejadian selepas pemantauan di kawasan berkenaan dijalankan kira-kira jam 3 petang tadi.

"Memang ada jalan terputus hubungan membabitkan kampung Orang Asli di daerah itu. Laluan pecah dan berlubang," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, usaha membina laluan sementara sedang dilakukan.

myMetro 23 November 2015



0 comments:

Post a Comment