November 17, 2015

Mujur restoran tutup setiap Isnin

ANGGOTA Bomba memeriksa keadaan restoran selepas berlaku kejadian tanah runtuh. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

RESTORAN rosak selepas dinding konkrit penahan runtuh.

Kuala Lumpur: Tembok penahan konkrit bernilai RM1 juta ranap akibat tanah runtuh yang turut menyebabkan kebocoran gas berhampiran Menara AmBank di Jalan Raja Chulan di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, runtuhan tanah turut mengenai bahagian dapur restoran yang mengakibatkan saluran gas petroleum cair (LPG) milik restoran itu bocor.

Pengurus restoran warga Perancis yang mahu dikenali sebagai Till berkata, ketika kejadian restorannya itu ditutup dan dia menerima panggilan kira-kira 11 pagi memaklumkan restorannya terjejas akibat tanah runtuh.

"Setibanya saya ditempat kejadian, pasukan bomba dan polis sudah berada di lokasi.

"Mujurlah restoran ini tutup setiap hari Isnin dan tiada pekerja yang bertugas serta pengujung yang datang ke restoran," katanya.

myMetro 16 November 2015


0 comments:

Post a Comment