November 7, 2015

Meninggal ketika cari buluh

LOKASI mayat Abd Wahid ditemui. FOTO Mohd Adam Arinin

Kota Kinabalu: Seorang lelaki warga emas ditemui maut di bawah rumpun buluh di Jalan Bantayan Minintod, di sini, tengah hari tadi.

Mangsa Lingkubu @ Abd Wahid Asan, 76, dipercayai meninggal dunia sejak Isnin lalu selepas keluar mencari buluh di kawasan berkenaan.

Mayatnya ditemui penduduk kampung yang keluar mencari Abd Wahid selepas mangsa dikatakan tidak pulang sejak Isnin lalu.

Menurut penduduk kampung, Sikula Masait, 60, mangsa sempat memberitahunya bahawa dia mahu mencari buluh untuk dijadikan lantai rumah.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan mangsa ketika minum di restoran di Inanam dan ada memaklumkan hendak mencari buluh.

"Namun, saya mula bimbang selepas tidak melihat mangsa sehingga hari ini menyebabkan kami mula mencarinya sebelum terjumpa mayat mangsa di bawah pokok buluh," katanya.

myMetro 6 November 2015

0 comments:

Post a Comment