November 20, 2015

Mayat di bawah timbunan pasir

Mayat mangsa ditemui di bawah timbunan pasir. FOTO ihsan bomba

Jelebu: Mayat pemandu lori ditemui di bawah timbunan pasir selepas lori pasir dipandu terbalik di Jalan Bukit Tangga, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 9 pagi itu, lori yang dipandu mangsa dikenali sebagai Chandran berusia 50-an dipercayai mengalami masalah brek ketika menuruni bukit menyebabkan terbabas ke kiri jalan sebelum terbalik.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Razali Abd Khadir berkata, pihaknya menerima panggilan pada9.20 pagi dan dua jentera bersama 14 anggota ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, saksi memberitahu pemandu lori tertimbus di bawah timbunan pasir. Mangsa dipercayai tercampak keluar.

"Anggota bomba memulakan operasi mencari mangsa dan mengambil masa enam minit untuk mengeluarkan mangsa," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, dekat sini.

myMetro 19 Nov 2015


Pemandu lori mati tertimbus pasir

NILAI - Seorang pemandu lori mati tertimbus pasir selepas lori dengan muatan pasir yang dipandunya hilang kawalan ketika menuruni bukit di Jalan Pantai-Jelebu di Bukit Tangga di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa, L. Santhira Segaran, 58, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tertimbus separuh badan hingga kepala.

Ketua Polis Daerah Nilai, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, siasatan awal mendapati, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan ketika tiba di lokasi kejadian lalu terbabas ke bahu kiri jalan dan merempuh tebing bukit.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE

Kosmo 19 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment