November 2, 2015

Maut terjatuh dalam mesin pengisar

Nilai: Lelaki warga Myanmar maut selepas terjatuh ke dalam mesin pengisar di kilang membuat tangki air di Taman Perindustrian Arab Malaysian, Nilai 3, di sini, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang, pekerja kilang berusia 39 tahun itu dikatakan sedang memasukkan bahan untuk pembuatan tangki air ke dalam mesin pengisar berkenaan sebelum mangsa terjatuh dan tersepit pada mesin itu.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan I Masdar Suminggu berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.53 petang sebelum sebuah jentera dengan enam anggota ke lokasi kejadian.

"Operasi mengeluarkan mayat mangsa mengambil masa 30 minit. Pemeriksaan mendapati mangsa tersepit di bahagian kepala hingga pinggang.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

myMetro 2 November 2015

0 comments:

Post a Comment