November 11, 2015

Maut tercampak dari Jambatan Pulau Pinang

KEADAAN kereta selepas kemalangan. FOTO ihsan pembaca

Prai: Lelaki berusia 30-an maut selepas tercampak dari Jambatan Pulau Pinang dalam kemalangan di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 5 pagi itu, kereta dinaiki mangsa bersama empat lagi rakannya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 0.6 jambatan berkenaan menghala ke Prai.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Penguasa Bomba Kanan II Nasir Idris berkata, mangsa tercampak dari atas jambatan setinggi lima meter menyebabkannya parah.

Nasir berkata, mayat mangsa dijumpai di kawasan tanah berdekatan laluan pusingan U di bawah jambatan.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi rakannya hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi mendapatkan rawatan.

myMetro 11 November 2015


0 comments:

Post a Comment