November 2, 2015

Maut motosikal langgar tiang letrik

ALOR GAJAH - Seorang pelajar sebuah kolej swasta di sini maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar tiang elektrik tumbang di Jalan Perindustrian Kelemak di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhamad Ismail Muhamad Yusuf berkata pada kejadian pukul 10.15 malam itu Mohammad Anam Ramli, 19, sedang menuju ke Lendu dari arah pekan Kelemak.

"Motosikal jenis Yamaha 135 yang ditunggang mangsa telah melanggar tiang elektrik yang telah tumbang di tengah jalan raya lalu hilang kawalan sebelum terbabas.

Ketika kejadian keadaan jalan raya adalah lurus dan rata, namun keadaan hujan yang lebat dan keadaan jalan raya yang gelap mengakibatkan mangsa hilang kawalan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa meninggal dunia di Hospital Alor Gajah dan kes disiasat dibawah Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -Bernama

Sinar Harian 2 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment