November 22, 2015

Maut kereta buat pusingan u dirempuh

KERETA yang rosak teruk selepas terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan Polis

Changlun: Seorang wanita maut manakala dua cedera selepas terbabit dalam kemalangan dua kereta di Jalan Titi Kerbau, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, mangsa Hapsah Md Sood, 53 menaiki kereta Proton Wira dipandu anak saudaranya Wan Hafiz Wan Hanafi, 25,dari arah Changlun menuju ke Kangar.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian pemandu terbabit membuat pusingan u sebelum dirempuh Proton Waja dipandu lelaki warga Somalia.

Menurutnya, wanita terbabit meninggal dunia di tempat kejadian sementara anak saudaranya cedera di muka.

"Pemandu kereta Proton Waja pula cedera di kaki dan tangan.

"Mayat dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMtero 22 November 2015



0 comments:

Post a Comment