November 30, 2015

Mangsa banjir meninggal


Ahli keluarga mangsa kelihatan bersedih dan terkejut dengan kejadian yang berlaku. (Gambar kecil: Arbiah)

KUALA SELANGOR - Seorang mangsa banjir yang baru pulang ke rumahnya di Jalan Kenangan, Kampung Parit Mahang, di sini, semalam disahkan meninggal dunia selepas terjatuh di bilik air kediamannya.

Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badlisza Mohd Noor berkata, wanita warga emas itu, Arbiah Ijah, 64, baharu pulang dari pusat pemindahan ke rumahnya pada jam 10 pagi.

Bagaimanapun menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang, sebelum petugas kesihatan dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang bertugas di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Parit Mahang bergegas ke rumah mangsa untuk memberi bantuan.

"Mangsa yang menghidap asma tidak sempat dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

"Mangsa merupakan korban pertama sejak banjir melanda daerah Kuala Selangor," katanya.

Sinar Harian 28 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment