November 7, 2015

Mabuk serang isteri

Petikan video suami menyerang isterinya menggunakan pisau.

Ampang: Video lelaki menyerang wanita menggunakan pisau di pasar raya di Pandan Jaya, di sini yang ‘viral’ di laman sosial hari ini membabitkan suami dan isteri, berlaku pada 25 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, lelaki berusia 25 tahun itu sudah dituduh di Mahkamah Ampang hari ini mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan isterinya.

Katanya, mangsa yang berusia 26 tahun membuat laporan sebelum polis menahan suspek pada 2 November lalu.

"Dalam kejadian itu, suspek dipercayai sedang mabuk bertindak baring di hadapan kedai berkenaan sebelum isterinya memberikan nombor telefon suspek kepada pengurus premis untuk mengarahkan suspek beredar.

"Suaminya berang dengan tindakan itu dan terus menyerang isterinya dengan menggunakan pisau pemotong kertas hingga menyebabkan mangsa cedera di kepala dan badan mangsa," katanya kepada Harian Metro hari ini.

myMetro 6 November 2015

0 comments:

Post a Comment