November 12, 2015

'Maafkan saya ibu...'

Siew melihat ibunya dari luar rumah. FOTO ihsan Michael Chong

Kuala Lumpur: "Tolong maafkan saya ibu," rintih wanita berusia 63 tahun yang hampir 30 tahun terpisah daripada keluarga kandungnya.

Menurut Siew Tai Mooi, dia berjaya menemui semula keluarganya susulan berita yang disiarkan oleh Harian Metro pada 5 November lalu.

Bagaimanapun, ibunya yang berusia 86 tahun enggan berjumpa dengannya ketika dia menziarahinya di pangsapuri di Bangsar.

"Saya sedih kerana tidak dapat berjumpa ibu saya selepas saya berpindah ke Johor Bahru pada tahun 1965.

"Bagaimanapun, saya gembira apabila dapat bertemu abang kandung saya di Puchong selepas akhbar menyiarkan kisah saya," katanya.

Sebelum ini, dia berpindah ke Johor Bahru kerana mengikut suaminya sebelum terputus hubungan dengan keluarga yang menetap di Kuala Lumpur.

Dalam tempoh hampir dua tahun, dia gagal mencari ahli semula ahli keluarganya itu sebelum membuat laporan di Pejabat MCA.

Sementara itu,Ketua Biro Aduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya sudah menyelesaikan lapan kes berkenaan orang hilang sejak awal tahun lalu.

myMetro 11 November 2015


0 comments:

Post a Comment