November 15, 2015

Lopak air bawa maut

Nilai: Remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Taman Desa Melati 2, di sini, selepas bermain bola keranjang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata dalam kejadian 7 malam itu, mangsa berusia 16 tahun terbabit dikatakan melalui jalan pintas untuk pulang ke rumahnya dari padang permainan itu.

"Mangsa secara tiba-tiba menjerit dipercayai terpijak lopak air yang terdapat paip saluran kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum rebah. “Kejadian itu disedari dua rakannya yang memaklumkan kepada ahli keluarga mangsa.

"Mangsa kemudian dibawa ke hospital berhampiran namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, dekat sini, untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

myMetro 14 November 2015

0 comments:

Post a Comment