November 22, 2015

Lima keluarga dipindahkan

Anggota bomba membantu mangsa banjir. FOTO ihsan bomba

Nilai: Lima keluarga membabitkan 10 penduduk Kampung Stesen Nilai, di sini, dipindahkan ke Dewan Perumahan Rakyat Nilai selepas kediaman mereka dinaiki air, malam tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Nilai, Md Zin Mustaffa berkata, hujan lebat pada 8.27 malam itu mengakibatkan kediaman penduduk dinaiki air pada paras satu meter.

Katanya, hanya lima kediaman yang terjejas menyebabkan 10 mangsa dipindahkan ke Dewan Perumahan Rakyat Nilai.

"Kami menerima panggilan pada 8.28 malam dan sembilan anggota ke lokasi.

"Sebaik tiba, air didapati memenuhi kediaman penduduk menyebabkan mereka terpaksa dipindahkan," katanya.

Katanya, semua mangsa akan dibenarkan pulang selepas keadaan kembali pulih

myMetro 21 November 2015


0 comments:

Post a Comment